TENTANG KAMI

Semua orang suka mengunyah. Semua orang pun cintakan manisan. Al maklumlah, manis itukan indah. Semanis senyuman mu gituuwww.

Belum cerita lagi pasal kerangupan, dah dapat yang manis-manis, semut lintas pun kena cium tipis, nak pulak yang rangup-rangup, sampai malam tak berkongsi pun sanggup!

Jadi, dengan ilham dari yang Maha Esa, melalui air tangan saya, terciptalah cookies yang rangup penuh berperisa ini.

OKIKIES HACK

Masyarakat kita sangat suka dengan sarapan yang manis, sedap, berlemak dan yang paling penting, jimat masa. Al maklumlah, zaman serba maju inikan, mestilah kita mengejar masa. Dalam kita mengejar masa,suri rumah paling tak cukup masa. Hakikat kan?

Dahlah bekerja, dalam masa yang sama jadi ibu kepada anak-anak lagi. Bukan mudah semua ini. Pagi-pagi nak bangun sediakan sarapan, dan ye, ibu-ibu adalah orang yang bangun paling awal untuk menyiapkan makan anak-anak dan suami. Seronok, tapi biasalah mesti ada rasa penat. Nak beli dekat tepi jalan nak kena berhenti kereta lagi, nak turun kereta lagi, dengan anak-anak buat perangai lagi. Puhhhhh!!!!mencabar tau.

Jadiiiiiiiiiii!  Bagi memudahkan kerja ibu-ibu di dapur, kami di sini sedia untuk membantu menghidangkan sarapan yang mudah dan penuh nutrisi untuk anak-anak anda!

Bukak baling, bancuh susu dan nahhhhhh!!!! Sarapan siap! Ibu-ibu ada masa lebih untuk berehat sebelum menempuh hari yang mencabar! Anak-anak gembira kenyang sampai ke petang. Kurang minyak, anak tak lesu, tak naik lemak! Kerja ibu jadi mudah banyakkk! Tak nak?

Sedap sekut ceklat tu. Krup krap krup krap tau tau habis.”
– Ummul Omar
Ibu/ Wanita bekerjaya/ Ketua Tixara kosmetik

“Cuba teka apa yang kejap ada kejap tak ada? Ha..Jawabnya minikies! Petang tadi penuh. Malam ni dah nak nazak levelnya. Waduh kena sorokkan bekas ni. Tapi risau pulak dah nyorok,ummi beranak tiga ni lupa pulak letak dekat mana.”
-Fathin Fadzil
  Ibu/ Wanita bekerjaya/ Shaklee distributor

“Aku tak sabar nak makan coklat tu. Cookies coklat tu penyelamat aku masa lapar wehhh. Aku kalau lambat makan mulalah ketar tangan. Sebab tu la aku makan cookies tu.”
-Atiqah Mat Zin
Suri rumah/ Wanita bekerjaya/ Young Living Distributor

“Baru selesai melayan anak tiga berjamu minikies. Habis dah sebalang, siap Ain pegang perut sambil cakap ‘oh kenyangnya, mama!’ Macam cookies monster. Tak susah pun nak gembirakan anak-anak ni.”
-Aida Harith
Suri rumah/ Wanita bekerjaya

HOMEMADE & HANDMADE

hands-731265_960_720

Produk Minikies dari Okikies Hack diadun dengan teliti dalam setiap langkah bagaikan membelai seorang bayi yang baru lahir.  Setiap adunan mempunyai rasa yang penuh dengan kasih sayang ditambah dengan limpahan chip coklat yang pekat melekat sehingga memikat hati. Membuatkan setiap gigitan penuh dengan perasaan cinta sehingga sayang untuk dilepaskan. Setiap kunyahan mampu membuat kita berasa nak lagi dan lagi dan lagi! Kita tak kan pernah  puas dengan coklat yang penuh kepekatan ini.

“Alhamdulillah barang dah sampai. Sedap sangat tau. Sampai- sampai terus buka je makan. Tak sempat cicah biskut berlumba nak masuk perut. Anak buah kita pun duk mengadap balang. Huhu. Tq dear.”
-Mas Atisya
Wanita bekerjaya / Agent DXXY Melaka

“Serious sedap! Macam famous amos. Anak-anak buah akak sapu abih semua. Akak sempat jamah sikit. Pastu akak bayangkan cookies ni besar-besar. Rupenya comel je. Then banyak sangat isi. So sangat berbaloi dengan harga. Akak tak sempat nak amik gambar. Tinggal balang kosong je. Hahaha.”
-Liza
Suri rumah

BAHAN- BAHAN

Menggunakan bahan yang berkualiti yang menghasilkan rasa yang sangat sedap sehingga menitis air liur jatuh ke bumi. Rasa letupan kacang  dan kemanisan dari kepekatan chip coklat yang pekat melekat membuatkan kita makan sampai termimpi-mimpi.

“Minikies ni baru je sampai semalam. Hari ni dah tinggal suku. Sedap sangat sampai tak hengat donia. Ynag Cik Da beli ni flavour coklat, ada satu lagi flavour vanilla. Fuhhh, memang ohsem! Buat mulut rasa nak kunyah je. Nonstop! Tengah taip ni pun dok ngunyah lagi. Haha. Cik Da share je kot ada yang sedang mencari kudapan sedap rangup meleleh boleh dapatkan minikies sesegera yang mungkin. Gerenti meletop-letop dalam mulut. Nyums!”
-Hidayah Sharifudin
Suri rumah/ Wanita bekerjaya / Nurraysa Senior

“Rasanya sangat sedap dan banyak coklat. Memang addictive ni. Hehehe. Tengah-tengah buat kelas saya duk ngap ngap ngap, eh habis sebekas tanpa sedar.”
-Amalina
Wanita bekerjaya/ Doktor

PENGASAS OKIKIES HACK

Cerita ini datang dari  pengalaman diri sendiri, jadi untuk menghayati cerita ini izinkan saya menggunakan ‘aku’. Ini cerita aku.

Perjalanan perniagaan aku bermula seusia 15 tahun. Punyalah gigihnya masa tu gara-gara nak beli hardisk.Korang tau kan hardisk tu ape? Benda untuk simpan data-data dari lappy dan computer, tapi tahap simpanan die besor, gitulah ringkasnya. Aku ni pengemar drama, jadiiiiiiiiiiii, aku rasa aku amatttttt  memerlukan bende ni! Senang aku nak simpan drama pilihan hati.

Jadiiiiii, aku mula dengan menjual tart nanas gulung. Tak mudah, tapi tak susah. Mungkin sebab terlalu sedap, ada seorang mak cik ni sangup beli kesemua stok yang aku ada. Aku bersyukur tak terkata. Macam dapat rezeki tak terduga!

Tapi masa melanjutkan pelajaran dekat asasi, aku stop dah niaga. Al-maklumlahhhh, tak kan aku nak membakar dalam bilik study pulak kan. Tak pepasal aku kene tendang dengan kekawan.  Dalam 2 tahun juga la bisnes aku terbengkalai. Bukan saja nak abai. Tapi sebab belum lagi datang masa yang sesuai.

Alhamdulilahhhh!  Masa aku buat ijazah, aku mula balik bisnes tart aku. Tapi aku membakar dekat rumah la. Masa ni dah mudah, aku dah boleh ulang alik pergi balik rumah. Kan mudah.

Habis je belajar, aku mula tanam azam nak buat bisnes dengan lebih baik.dengan harapan semoga semua akan berjalan dengan baik. Dan dari detik ini lah bermula bisnes cookies aku pulak. Cookies aku ni istimewa. Walaupun aku belajar dari orang lain, tapi aku olah macam macam cara nak bagi resepi jadi lain. Aku tak nak orang kata aku tiru orang dan tak pandai nak cuba cara lain. Bukan senang nak olah satu-satu resepi ni. Walaupun cookies aku dapat pujian, tapi kritikan yang aku dapat jauh lebih banyak. Sampai ada yang cakap ‘cookies ni tak layak untuk dimakan’. Bernanah hati aku tak tertahan. Bukan senang nak kawal perasaan.

Tapiiiiiii, Tomahan bukan alasan untuk aku mengundur diri. Aku berpanas siang malam di dapur semata mata untuk resepi terbaik bagi cookies ini. Sampai lah satu ketika, aku dengar ayat ni,  ,‘Weeeehhhhhhh!kau letak dadah ke dalam cookies kau niiii? Kenapa sedaaaap sangaaatttt’.

Hati rasa tak terkira bahagia! Gembira bertimpa timpa! Bersyukur tak terkira!! Rasa berbunga-bunga dengar ayat ni  daripada pelanggan awal cookies.

Masa ni aku dah mula bergabung tenaga dengan akak aku untuk menjayakan perniagaan kami ni. Dan aku tahu, tanpa ilmu dalam seni perniagaan, aku tak akan bertahan lama dalam kapal perlayaran bisnes aku. Jadiiiiii,  dengan bantuan dari Irfan khairi and the team, insyaallah, Okikies Hack akan melangkah maju ke hadapan lagi.

GALERI

PELANGGAN ISTIMEWA KAMI

Wanita bekerjaya terutamanya yang hidup dibandar metropolitan merupakan salah satu pelanggan setia kami.

Wanita bekerjaya dan bergelar ibu selalu mengalami masalah dalam mengatur jadual pemakanan mereka terutama pada waktu sarapan pagi oleh kerana jadual mereka yang terlalu padat. Tanpa pengambilan sarapan yang seimbang, mereka akan kekurangan tenaga dalam mencapai prestasi kerja yang lebih baik. Tanpa prestasi kerja yang baik, kemungkinan aktiviti di pejabat akan mulai memberi kesan yang negatif  dalam pergaulan diantara majikan dan pekerja.

Apabila bercerita soal penyediaan sarapan pagi, wanita bekerjaya yang mempunyai anak sentiasa mempunyai masa yang sangat terbatas. Mereka perlu menyiapkan kelengkapan anak-anak, dan juga sarapan anak-anak setiap pagi tanpa henti.  Apabila mereka sentiasa berkejar, mereka akan mengalami masalah dalam emosi, lemah fizikal kerana lesu kurang rehat. Keletihan akan menjadi punca kepada kurang aktiviti yang berkualiti setiap hari. Waktu bekerja akan menjadi waktu yang kurang produktif. Mungkin curi curi berehat pada waktu bekerja, mungkin juga curi curi tidur pada waktu bekerja.

Dengan minikies, bukan sahaja ibu ibu yang bekerjaya mampu untuk menyediakan sarapan yang lebih baik untuk diri sendiri, malaaahhhhhh, anak-anak juga akan mendapat khasiat yang yang setimpal.

KENAPA MINIKIES???

  • Mudah dimakan dan dibawa ke mana saja
  •  Mudah dijadikan bekalan sarapan
  • Sarapan yang seimbang dan penuh nutrisi
  • Dapat menjana tenaga
  • Memudahkan urusan kerja berjalan dengan lancar
  • Diperbuat dari 15% kauntiti tepung cookies yang halus dan ringan
  • Menghasilkan rasa yang sangat ringan dan tidak memuakkan
  • Menepati cita rasa kanak-kanak
  • Kaya dengan vitamin D,E,A, B1, B2 dan zat besi
  • Zat besi dalam kandungan tepung bantu dalam pembentukan tenaga yang ada di dalam sel-sel badan.
  • Vitamin D yang terkandung didalam lemak susu berguna untuk menguatkan otot dan tulang. Sesuai untuk anak- anak yang lasak dalam aktiviti harian mereka.
  • Vitamin E didalam lemak susu dapat meyeimbangkan kolestrol dan menigkatkan tenaga fizikal serta kuatkan otot. Ia boleh menghilangkan kepenatan dengan melancarkan pengaliran darah dalam tubuh badan.
  • Vitamin A yang larut didalam lemak berfungsi menjaga sistem kekebalan tubuh. Ianya memastikan pertubuhan yang lebih sihat dan dapat menyembuhkan luka.
  • Ibu-ibu bekerjaya tidak lagi merasa lesu dan kurang semangat.
  • Minikies boleh dipos kemana sahaja seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah serta Sarawak.
  • Boleh didapati pada bila-bila masa sahaja! Rasa kempunan? Maklumkan saja pada kami. Akan segera kami poskan ke muka pintu anda!
  • Ianya tahan dan tidak pecah walau dipos!
  • Tidak keras, tidak juga rapuh
  • Anda pasti tidak akan kecewe ketika menerimanya.
  • Kualiti bahan dan proses pembuatan adalah terjamin.
  • Memastikan pelanggan mendapat kualiti yang terbaik dan memuaskan hati bagi setiap balang yang ditempah!
  • Ini kerana kepuasan anda adalah keutamaan kami.
  • Diperbuat daripada bahan-bahan yang diyakini 100% halal yang dapat mengekalkan kesucian batin sepertimana dititikberatkan oleh Islam.
  • 100% buatan Malaysia 

Pakaging ok beb. Cookies pun tak hancur. Still intact. Kan before this meera risau cookies hancur semua kan. Tapi okey ja, bulat2 Fatin dapat. Haha. Btw, choco dia memang terasa sungguh. Sama power dengan colour dia.”
-Fatin Nabila
Wanita bekerjaya / Arkitek

“Bekas tak kemek. Penat buka kertas tadi.haha”
-Lenny Gulibat
Wanita bekerjaya

“Dapat dah cookies. Sedap boleh beli lagi! Mak saya pun suka. And packaging pun okey, tak pecah ke ape.”
-Ain
Pelajar

PRODUK KAMI

“Ejen diamond saya dah cuba kikiesss kuukiies ni. Masalahnya abang posmen baru hantar, dan dan tu jugak abis sebalang. Tak sempat tinggal untuk orang belakang. Hahahaha. Ini kikieess memang mabeles dan senang jual. Rugi tak grab dropship.”
-Rahimah Ahmad Akhirudin

Wanita bekerjaya/ Pengasas Titan Angels

TEMPAHAN





Minikies Flavour
Chocolate RM25.00 MYR
Vanilla RM25.00 MYR

* PRICE DOES NOT INCLUDE SHIPPING *

Close Menu